Tuesday, July 8, 2008

new semester...new spirit...hakhak

woo...finally my semester break end already...spent it wisely with my sleeping activities n games plus comics..hakhak...now i can continue back with my serious business here at iium...gosh..9 subject this semester..better score for this semester so that i can focus more during my majoring year next semester..hehe..so long then..wassalam

Wednesday, July 2, 2008

Bila runtuhnya kota Melaka!

Asslamualaikum,
Melaka telah dibuktikan di dalam sejarah bahawa ia merupakan antara kerajaan pelabuhan yg sgt penting di dalam peta perdagangan dunia.Namun begitu,melaka masih runtuh di tangan penjajah dek kerana sebab2 tertentu.Korupsi,hasad dengki,kelemahan pentadbiran dan kurangnya kesedaran mengenai persekitaran membuatkan melaka gagal dipertahankan.
Malaysia hari ini merupakan antara negara membangun yang pesat pembangunannya. namun begitu,isu2 politik semasa serta isu2 perkauman mula menular semula dan mengingtkan aku pada sejarah melaka yang dulunya runtuh.Melaka jatuh kerana kelemahan pentadbiran pada waktu itu. Tun Mutahir yang menjadi bendahara alpa mengenai melaka yg kaya raya sehinggakan portugis merasuah anak2 buah bendahara untuk mengahsut dan menghalakan kedatangan mereka.Sejarah mula berulang semula,dejavu rasanya bila aku melihat pemimpin2 politik samada kerajaan atau pembangkang yang di kaitkan dgn isu rasuah dan salahguna kuasa.keadaan Pm kita sekarang sama mcm Tun mutahir yg bersengketa dgn anak2 buah Tun Perak dek kerana kelemahan kepimpinan bendahara Tun Mutahir.Jika dilihat dgn teliti,cubaan untuk bekerjasama dengan negara sekutu zionis iaitu Amerika dlm FTA seakan sama dgn keadaan melaka dulu.jika malaysia terikat dgn mereka,nescaya kita akan mengikut jejak indonesia yg bergantung kepada apungan dollar amerika didalam pasaran ekonomi mereka. Sedarkah kita bahawa negara mula dilaungkan dgn isu2 perkauman?namun yang demikian...kaum manakah yg akan kerugian?fikir2kan lah saudar sekalian.Aku kelemasan dalam keriuhan bangsa2ku mula menjadi hamba pertualang nafsu.Wassalam.